Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak berkuasa Arab Saudi telah menyerbu masuk ke sebuah perkampungan bersejarah yang didiami oleh penganut mazhab Syiah di Wilayah Timur negara itu. Mereka juga dilaporkan telah memutuskan bekalan elektrik ke kawasan itu.
Pemotongan bekalan elektrik itu dibuat di perkampungan berusia 400 tahun itu pada hari Rabu. Kampung tersebut dilaporkan didiami oleh 2000 orang penduduk.
Para pegawai Arab Saudi dikatakan mahu memusnahkan perkampungan Maswarah dengan alasan untuk membangunkan wilayah tersebut.Sementara itu Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi berkata bahawa Maswarah dan perkampungan seumpamanya tidak sepatutnya dimusnahkan memandangkan perkara itu berlawanan dengan arahan memelihara kawasan bersejarah.
25 Januari 2017 - 20:22
News ID: 807294
Pihak berkuasa Arab Saudi telah menyerbu masuk ke sebuah perkampungan bersejarah yang didiami oleh penganut mazhab Syiah di Wilayah Timur negara itu. Mereka juga dilaporkan telah memutuskan bekalan elektrik ke kawasan itu.